Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih kepada pengguna, TikTok Shop Mall kini menawarkan pemulangan semula percuma dalam tempoh 30 hari.
Penawaran ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pengguna dalam masa yang sama memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih baik. Selain itu, perubahan atau polisi ini bukan sahaja menjaga hak pengguna tetapi juga sebagai mekanisme perlindungan buat penjual.
Walau bagaimanapun, tawaran atau polisi tersebut hanya tersedia untuk pembelian produk berjenama tulen yang dipaparkan dengan label ‘Mall’.
Selain itu, kos penghantaran bagi pemulangan semula disebabkan ‘Tidak Lagi Diperlukan’ akan ditanggung oleh pihak TikTok Shop. Manakala untuk sebarang penghantaran semula atas sebab lain, kos tersebut akan ditanggung oleh penjual.