Close

OnePlus 15T mungkin hadir dengan tiga kamera belakang dan bateri lebih besar

OnePlus dijangka akan membawakan beberapa peningkatan pada siri ‘T’ yang seterusnya iaitu OnePlus 15T.

Menurut laporan, OnePlus 15T akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang berbanding dwi-kamera pada OnePlus 13T. Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak mendedahkan maklumat mengenai sensor ketiga yang akan digunakan.

Selain itu, OnePlus 15T akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar berkemungkinan 6500mAh hingga 7000mAh. Peranti ini akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm yang berkemungkinan Snapdragon 8 Elite 2 atau setara, bergantung pada tarikh pelancaran.

Dari segi rekaan, OnePlus 15T akan kekal menggunakan rekaan yang sama seperti OnePlus 13T iaitu saiz skrin yang kecil dengan rekaan yang kompak. Selain itu, model ini akan turut dipasarkan sebagai OnePlus 15s untuk pasaran global manakala 15T untuk pasaran China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN