Seperti yang kita tahu, kerajaan telahpun mengumumkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada warganegara dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Bantuan ini diletakkan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan disalurkan melalui MyKad bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025. Harus diingatkan, bantuan ini tersedia untuk semua, dan apa yang paling penting, anda tidak perlu mendaftar untuk menerima bantuan ini.
Berikutan itu, kami ingin berkongsi cara untuk menyemak dan menebus bantuan SARA 2025.
Cara semak SARA 2025 :

- Buka laman web rasmi MyKasih.
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, klik ‘Semakan Status’.
- Sekiranya layak, sistem akan memaparkan status dan jumlah baki bantuan.

Semakan untuk SARA RM100 2025 secara dalam talian boleh dibuat bermula mulai 21 Ogos 2025.

Selain menyemak melalui laman web rasmi, pengguna juga boleh melakukan perkara yang sama melalui aplikasi MyKasih. Aplikasi ini tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.
Cara tebus SARA 2025 :

Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori yang mempunyai label SARA/MyKasih di rak tanda harga. Penerima boleh menebus bantuan di lebih 4100 kedai terpilih di seluruh Malaysia.

- Pilih barangan keperluan yang ada label SARA/MyKasih di kedai terpilih.
- Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan dan pembayaran.
- Tukar PIN 6 digit jika kali pertama (default PIN ialah 6 digit pertama MyKad).
- Juruwang akan imbas barangan yang layak.
- Masukan PIN 6 digit baru untuk pembayaran.
- Simpan resit pembelian untuk rujukan atau semakan.
Untuk bantuan atau sokongan berkenaan bantuan SARA 2025, boleh layari laman web rasmi MyKasih.