Ciri yang sebelum ini hanya tersedia pada peranti mudah alih dan juga web iaitu ‘Jump ahead’ kini turut tersedia pada aplikasi YouTube untuk TV.

Buat yang tidak mengetahui, ciri ‘Jump ahead’ membolehkan pengguna melangkau ke bahagian menarik dalam video yang ditonton. Ciri ini hanya akan diaktifkan apabila pengguna melakukan double-tap to skip forwad. Butang Jump ahead akan dipaparkan di penjuru kanan video dalam beberapa saat sebelum hilang.

Berbeza pada peranti mudah alih dan web, butang jump ahead tidak dipaparkan pada YouTube untuk TV. Sebaliknya, terdapat titik khas yang akan dipaparkan pada bar fast forward untuk melangkau ke bahagian menarik dalam video.
Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis pola tontonan pengguna, mengetahui bahagian paling menarik atau paling penting dalam setiap video. Ciri ini memberikan pengalaman menonton yang lebih baik. Sebelum ini, pengguna perlu double-tap atau melalui waveform untuk ke bahagian menarik dalam video.
Ciri telahpun tersedia secara berperingkat pada pelbagai peranti seperti Nvidia Shield TV, Google TV streamer dan peranti pintar lain. Walau bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna Premium sahaja.