Untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan selamat, WhatsApp telah memperkenalkan ciri keselamatan baru untuk membantu pengguna mengesan dan mengelak dari penipuan atau scams.

Melalui ciri keselamatan ini, ia akan memberikan amaran dan maklumat tambahan mengenai kumpulan baru dan juga mesej peribadi. Sebagai contoh, sekiranya pengguna ditambah ke dalam kumpulan baru, ia akan memaparkan maklumat mengenai kumpulan dan pilihan untuk keluar tanpa perlu membaca perbualan. Selain itu, pengguna tidak akan menerima notifkasi sehingga pengguna memilih untuk kekal dalam kumpulan.
Untuk mesej peribadi, ciri ini akan memaparkan maklumat mengenai individu tersebut sekiranya ia tidak dikenali. Selain itu, ia akan memberi konteks tambahan dan pengguna mempunyai pilihan untuk terus berkomunikasi atau menghalang secara terus.
WhatsApp turut berkongsi maklumat mengenai penipuan, menurut WhatsApp untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini sahaja mereka telah mengesan dan mengharamkan lebih dari 6.8 juta akaun yang berkaitan dengan pusat penipuan. Sebahagian besar pusat tersebut berpangkalan di Asia Tenggara dan dikendalikan oleh sindiket jenayah terancang.