Close

HBO Max dan Viu bakal perkenal pakej baru – Satu harga untuk dua platform

HBO Max dan Viu bakal memperkenalkan pakej langganan baru yang akan ditawarkan dalam satu harga untuk dua platform.

Melalui pakej ini, pengguna boleh menikmati dua perkhidmatan penstriman dalam satu pelan. Menurut maklumat, pelan ini akan ditawarkan pada suku keempat 2025 di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singpura.

Pakej langganan baru ini akan ditawarkan melalui laman web atau aplikasi HBO Max dan Viu. Selain itu, pelanggan masih boleh mengakses kandungan kedua-dua platform secara berasingan.

Ketibaan pakej langganan baru ini membolehkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan pada harga yang lebih menarik. Maklumat terperinci mengenai pakej ini dijangka akan dikongsi tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN