Close

Apple naikan harga langganan TV Plus – Kali ketiga sejak 2019

Apple menaikan harga langgan untuk TV+ di beberapa pasaran termasuk Amerika Syarikat. Merupakan kenaikkan kali ketiga sejak perkhidmatan tersebut diperkenalkan pada 2019.

Dengan kenaikan tersebut, harga langganan kini menjadi $12.99 (RM55) untuk sebulan, naik sekitar $3 (RM13) daripada harga sebelumnya iaitu $9.99 (RM42). Kenaikan harga langgan ini berkuat kuasa serta merta untuk pelanggan baru manakala untuk pelanggan sedia ada perubahan tersebut akan dibuat pada bil seterusnya.

Walau bagaimanapun, harga langganan tahunan untuk Apple TV+ kekal $99 (RM418) dan harga langganan untuk Apple One Bundle juga kekal bermula $19.95 (RM84) untuk sebulan.

Apple dikatakan mengalami kerugian sekitar $1 bilion setahun walaupun kandungan berprofil tinggi seperti seperti Severance, Ted Lasso, dan Foundation.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN