Close

EV pertama Perodua diperkenalkan – Harga RM80K dengan konsep ‘Battery as a Service’

Kereta Elektrik (EV) pertama dari Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya diumumkan secara rasmi. EV pertama Perodua ini dipanggil sebagai QV-E bukan EMO-I atau EMO-II seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Perodua QV-E hadir dengan rekaan yang menarik dan moden. Dibangunkan sepenuhnya oleh Perodua dengan menggunakan platform Magna Styer. Platform yang sama digunakan untuk Mercedes G-Class, GR Supra dan BMW Z4.

EV pertama dari Perodua ini ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey. Perodua QV-E adalah lebih besar berbanding Myvi dengan panjang 4170mm, lebar 1800mm, tinggi 1502mm dan jarak roda 2680mm.

Dikuasakan dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 150 kW dan tork 285 Nm. Mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 7.5 saat. Kelajuan maksimum mampu mencapai 165 km/j jika digunakan dalam mod Sport.

Dimuatkan dengan kapasiti bateri 52.5 kWh yang menggunakan teknologi Lithium Iron Phosphate (LFP) yang mampu menawarkan jarak gerak sehingga 445 km (NEDC). Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 6.6 kW dan DC 60 kW yang mampu mengecas 30% hingga 80% hanya dalam masa 30 minit.

Perodua QV-E turut dimuatkan pelbagai ciri keselamatan melalui Perodua Smart Drive Assist yang merangkumi Advanced Safety Assist Driving, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Blind Spot Detection dan lain-lain.

Perodua QV-E ini dijual pada harga RM80K dengan konsep Battery as a Service (BaaS). Untuk sewaan bateri, ia ditawarkan pada harga RM275 sebulan untuk tempoh 9 tahun. Menurut Perodua, konsep BaaS adalah untuk menangani isu kos bateri, susut nilai EV dan juga pelupusan.

ARTIKEL BERKAITAN