iPhone SE generasi permata kini disenaraikan sebagai produk usang atau ‘Obsolete’ oleh Apple. Model ini diperkenalkan Mac 2016, menggunakan rekaan iPhone 5s dengan prestasi setaraf iPhone 6s.

Ketibaan model ini boleh dikatakan agak penting kerana menjadi asas kepada model seterusnya dengan memfokuskan kepada rekaan kompak. Apple memperkenalkan iPhone SE generasi kedua pada 2020 dan iPhone SE generasi ketiga pada 2022, kedua-dua model ini menggunakan rekaan iPhone 8.
Dengan penyenaraian tersebut, Apple tidak lagi menawarkan perkhidmatan atau pembaikan perkakasan untuk iPhone SE generasi pertama di semua Apple Store atau Apple Authorized Service Providers (AASP). Apple menyatakan, produk atau peranti yang tidak lagi dikeluarkan selepas 7 tahun akan disenaraikan sebagai usang.