Close

YouTube Shorts kini boleh ‘dimatikan’ – Ini caranya

YouTube memperkenalkan satu ciri baru yang memberi pengguna mempunyai lebih kawalan pada bahagian Shorts.

Ciri yang dipanggil sebagai ‘Shorts Feed Limit’ ini memberi pengguna pilihan untuk mematikan kandungan atau tab Shorts daripada halaman utama. Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk menetapkan had tontonan sehingga 0 minit. Apabila had dicapai, Shorts akan hilang dari halaman utama dan bahagian Shorts akan disekat dari diakses.

Walau bagaimanapun, ciri ini bukan penyelesaian untuk mematikan Shorts. Sebaliknya, Shorts masih boleh dilihat pada bahagian langganan dan diakses melalui pautan yang dikongsi. Ini bermaksud, YouTube hanya mengehadkan akses dari halaman utama bukan mematikan sepenuhnya dari platform.

Untuk menetapkan Short Feed Limit, buka aplikasi YouTube kemudian pergi ke Setting dan pilih Time Management. Seterusnya, pergi ke Daily Limits dan pilih Short Feed Limit kemudian tetapkan kepada ‘0 Minutes’.

ARTIKEL BERKAITAN