Close

Log masuk aplikasi MyJPJ guna MyDigital ID akan berkuat kuasa 1 Mei 2026

Pelaksanaan sepenuhnya sistem log masuk tunggal untuk aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID akan berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Menurut JPJ, perlaksanaan ini merupakan sebahagian inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam yang bertujuan untuk memperkukuhkan tahap keselamatan siber dalam sama yang sama meningkatkan kecekapan sistem serta memudahkan akses melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

Melalui perlaksanaan ini, pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah utama untuk mengakses aplikasi MyJPJ. Aplikasi MyJPJ merupakan pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kini ia hadir dengan antara muka baru yang lebih moden dengan sokongan Chatbot.

Berikutan dari itu, semua pengguna MyJPJ berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID. Selain itu, untuk pemegang kad MyPR keadah log masuk boleh dilakukan melalui pautan khas sedia ada.

Buat yang tidak mengetahui, MyDigital ID merupakan sistem pengesahan pengenalan diri digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN