Close

Apple Music mungkin hadir dengan pelan langganan lebih mampu milik

Apple mungkin akan memperkenalkan beberapa pelan langganan baru untuk perkhidmatan Apple Music mereka.

Menurut laporan, Apple dikatakan sedang menguji beberapa pelan langganan untuk Apple Music yang merujuk kepada barisan kod yang ditemui pada aplikasi Apple Music versi beta untuk Android. Jika merujuk kepada barisan kod tersebut, ia memperlihatkan berapa maklumat seperti ‘premium access required’ dan ‘Can’t skip any more tracks’.

Berdasarkan kepada kod tersebut, sesetengah ciri mungkin memerlukan premium access dan terdapat had bilangan lagu yang boleh dilangkau. Untuk had bilangan lagu yang boleh dilangkau, ia dilihat sama seperti yang ditawarkan pada penstriman muzik lain seperti Spotify.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah Apple merancang untuk memperkenalkan pelan percuma atau pelan langganan pada harga yang lebih mampu tetapi dengan fungsi terhad. Sekiranya laporan ini tepat, Apple mungkin bakal memperkenalkan pilihan langganan yang lebih fleksibel untuk bersaing dengan platform penstriman muzik lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN