Apple sebelum ini telahpun memberikan bayangan mengenai kenaikan harga beberapa produk mereka disebabkan oleh kekurangan bekalan memori global.

Terkini, beberapa sumber mendedahkan harga jualan untuk iPhone 18 Pro dijangka meningkat dengan ketara berbanding generasi sebelumnya. Sebagai contoh, kos RAM 12GB untuk iPhone 17 Pro adalah sekitar $39 (RM162). Manakala, untuk memori yang sama pada iPhone 18 Pro ia mampu menecah sehingga $145 (RM602), disebabkan oleh kenaikan harga memori semasa.
Bukan itu sahaja, kos storan untuk 256GB dijangka turut meningkat daripada sekitar $13 (RM54) kepada $51 (RM212). Dengan kenaikan ini, kos pengeluaran untuk model asas iPhone 18 Pro dianggarkan meningkat kepada $726 (RM3017) berbanding $582 (RM2418).
Laporan sama turut mendedahkan, harga jualan untuk iPhone 18 Pro mungkin bermula sekitar $1299 (RM5398). Untuk rekod, iPhone 17 Pro dengan storan 256GB dijual pada harga bermula $1099 (RM4567) di Amerika Syarikat.
Selain kos memori, penggunaan teknologi baru seperti sistem kamera dengan lensa boleh ubah dijangka akan meningkatkan lagi kos penggeluaran bagi model ini.