Close

UAE umum larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun

United Arab Emirates (UAE) menjadi negara Arab pertama yang melaksanakan peraturan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

Di bawah peraturan ini, individu berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mencipta, menggunakan atau mengendalikan akaun media sosial peribadi. Mereka juga tidak boleh memuat naik kandungan, memberi komen, berkongsi hantaran atau menyertai kumpulan awam.

Sementara itu, untuk golongan berumur 15 hingga 16 tahun penggunaan media sosial masih dibenarkan tetapi tertakluk kepaada syarat seperti kawalan kandungan mengikut umur, sekatan interaksi dengan individu tidak dikenali, alat pengurusan masa dan ciri pemantauan ibu bapa.

Peraturan ini mewajibkan syarikat media sosial melaksanakan sistem pengesahan umur yang lebih ketat. Ini termasuk penggunaan identiti digital dan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesahkan umur pengguna. Selain itu, akaun pengguna bawah 15 tahun sedia ada perlu dinyahaktifkan oleh platform media sosial.

Kerajaan UAE memberikan tempoh selama setahun untuk penyedia platform media sosial untuk mematuhi sepenuhnya peraturan yang diperkenalkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN