Close

Sony tamatkan pengeluaran cakera fizikal untuk PlayStation

Sony Interactive Entertainment (SIE) secara rasmi mengumumkan pengeluaran cakera fizikal untuk permainan akan dihentikan bermula Januari 2028.

Menurut Sony, tiada lagi cakera fizikal yang akan ditawarkan bagi permainan baru yang dilancarkan untuk konsol PlayStation. Keputusan ini dibuat merujuk kepada trend pengguna ketika ini yang lebih memilih pembelian secara digital berbanding cakera fizikal.

Dengan perubahan ini, semua permainan baru untuk PlayStation hanya ditawarkan dalam format digital melalui PlayStation Store serta kod digital yang dijual oleh stor terpilih. Namun begitu, perlaksanaan ini tidak menjejaskan permainan yang telah dilancarkan atau akan dilancarkan sebelum Januari 2028.

Langkah ini menandakan berakhirnya era permainan PlayStation dalam bentuk cakera fizikal untuk keluaran baru. Selain itu, ia juga mencerminkan hala tuju industri permainan video yang semakin beralih kepada ekosistem digital, seiring dengan peningkatan penggunaan internet berkelajuan tinggi dan storan konsol yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN