Close

Malaysia kini mempunyai 6416 pengecas EV awam – Sasar 30,000 menjelang 2030

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan, Malaysia kini mempunyai 6416 pengecas awam untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara setakat akhir Mei 2026.

Daripada jumlah tersebut, 2143 adalah pengecasan pantas jenis DC, manakala selebihnya 4273 adalah pengecasan jenis AC. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut masih belum lagi mencapai sasaran yang diletakkan oleh kerajaan iaitu 10,000 pengecass EV menjelang penghujung 2025.

Bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur pengecasan EV, MITI telah melaksanakan beberapa langkah, termasuk memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Tapak Pengecas Kenderaan Elektrik (GPP EVCB).

Melalui garis panduan itu, proses kelulusan untuk pembinaan tapak pengecas EV boleh disingkatkan kepada sekitar 14 hari bekerja, sekali gus mempercepatkan pemasangan stesen pengecas baru. Selain itu, pembangunan infrastruktur EV turut dipantau oleh National EV Task Force (NEVTF) yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan ekosistem EV negara.

Selain itu, kerajaan juga sedang merangka insentif khusus kepada pengendali stesen pengecas (Charge Point Operator, CPO) bagi mempercepatkan pembangunan rangkaian pengecas EV di seluruh negara. Dengan pelbagai insentif dan juga langkah yang diperkenalkan, kerajaan meletakkan sasaran 30,000 pengecas EV awam di seluruh negara menjelang 2030.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN