Apple dijangka memperkenalkan iPhone Air 2 pada suku pertama 2027, dengan pelancaran berkemungkinan sekitar Mac 2027.
Menurut laporan, iPhone Air 2 bakal tiba dengan beberapa peningatkan ketara berbanding model sebelumnya. Peranti ini dikatakan hadir dengan tetapan dua kamera belakang 48MP dengan sensor ultra lebar akan menjadi sensor baru yang dimuatkan. Dengan sokongan sensor ultra lebar ia menjadikan sistem kamera ini lebih fleksible dan setanding peranti premium di pasaran.

Dari segi paparan pula, iPhone Air 2 dijangka masih mengekalkan saiz skrin yang sama iaitu 6.55-inci, namun Dynamic Island dikatakan akan menjadi lebih kecil, sekali gus memberikan ruang paparan yang lebih luas kepada pengguna.
Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dijangka hadir dengan cip Apple A20 Pro yang menggunakan teknologi binaan 2nm oleh TSMC. Cip baru ini dikatakan mampu menawarkan prestasi yang lebih tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih cekap. Selain itu, iPhone Air 2 juga dilaporkan akan menggunakan modem Apple C2, iaitu naik taraf kecil daripada cip C1X pada generasi sebelumnya.
Dari segi pelancaran, iPhone Air 2 dijangka tiba sekitar Mac 2027 bersama dengan siri iPhone 18 model standard.
Sementara model utama atau premium iaitu iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max dijangka akan dilancarkan mengikut jadual sebelum ini iaitu pada sekitar September 2026.