Close

Beberapa perkhidmatan Maybank tak boleh diakses pada 15 Ogos ini

Maybank melalui laman web rasmi mengumumkan bakal melakukan penyelenggaraan berjadual pada 15 Ogos 2026.

Seiring dengan itu, beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses untuk sementara waktu. Penyelenggaraan tersebut akan bermula pada jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi dengan perkhidmatan yang terjejas adalah Maybank2u web, MAE, Maybank2u Biz dan mesin ATM 24 jam pada lokasi terpilih seperti Pavilion Bukit Bintang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kampus Universiti Malaya.

Walaupun terdapat gangguan, pengguna masih boleh melakukan pelbagai urusan seperti bayaran bil, pembayaran QR Pay, semakan baki, pemindahan wang dan DuitNow melalui aplikasi MAE sepanjang tempoh tersebut.

Berikutan dari gangguan tersebut, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pengguna digalakkan untuk merancang urusan perbankan. Untuk maklumat lanjut atau bantuan boleh hubungi pihak Maybank melalui talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (overseas) dan [email protected].

ARTIKEL BERKAITAN