Close

Apple mungkin kehilangan hasil komisen di pasaran AS

Apple berkemungkinan tidak lagi menerima hasil komisen untuk pembelian melalui platform pihak ketiga.

Apple ketika ini sedang dalam pertikaian antitrust di Amerika Syarikat, selepas syarikat mengakui mengenakan caj atau komisen untuk pembelian yang dibuat melalui platform pihak ketiga. Perkara tersebut didedahkan dalam pemfailan kawal selia terbaru Apple, ketika syarikat itu terus berdepan tekanan daripada pihak berkuasa antitrust di beberapa negara.

Sebelum ini, Apple telah berdepan tindakan pengawalseliaan di Kesatuan Eropah, Jepun dan Brazil berkaitan kawalan ketat terhadap sistem App Store serta komisen yang dikenakan terhadap pembangun. Apple secara tradisinya mengenakan komisen sehingga 30% untuk sesetengah pembelian termasuk transaksi dalam aplikasi.

Pendekatan ini menimbulkan persoalan berikutan pembangun tidak memempunyai banyak pilihan untuk menggunakan sistem pembayaran alternatif. Apple sebelum ini cuba mengekalkan sebahagian daripada hasil komisen daripada pembayaran pihak ketiga, pemfailan terbaru syarikat itu menunjukkan keadaan tersebut mungkin berubah.

Perubahan ini dijangka akan memberi kesan kepada pendapatan Apple memandangkan perniagaan Services merupakan salah satu sumber pendapatan utama Apple yang merangkumi App Store, langganan, pembayaran dan pelbagai perkhidmatan digital lain.

ARTIKEL BERKAITAN