Close

Fon lipat pertama Apple mungkin guna nama “iPhone Duo”

Seperti yang kita tahu, Apple bakal mengumumkan peranti baru mereka pada awal pagi esok. Pada acara ini, Apple dijangka akan turut mengumumkan fon lipat pertama mereka.

Dalam perkembangan terbaru, fon lipat pertama Apple tidak menggunakan nama iPhone Fold atau iPhone Ultra, sebaliknya ia dijangka akan dikenali sebagai ‘iPhone Duo’ merujuk kepada rekaan peranti yang mempunyai dua skrin.

iPhone Duo dijangka hadir dengan spesifikasi yang berkuasa yang dimuatkan dengan cip A20 Pro dan menggunakan tetapan dwi-kamera belakang. Bercakap mengenai harga jualan, peranti ini mungkin akan ditawrakan pada harga bermula sekitar $2000 (RM8136) dan mencapai sehingga $3000 (RM12,204).

Menurut laporan sebelum ini, iPhone Duo tidak akan ditawarkan di semua pasaran sebaliknya hanya tersedia di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke beberapa pasaran utama lain seperti termasuk China.

Selain itu, Apple berkemungkinan tidak akan mengumumkan harga jualan untuk iPhone Duo ketika acara pelancaran. Sebaliknya, harga jualan akan dikongsi ke satu tarikh lain. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada isu pengeluaran yang dihadapi oleh Apple dengan pembekalnya.

ARTIKEL BERKAITAN