Close

Apple perkenal cip A20 Pro – Teknologi 2nm dengan 20% peningkatan prestasi

Apple secara rasmi memperkenalkan cip A20 Pro, cip andalan baru yang digunakan pada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.

Cip A20 Pro dihasilkan dengan teknologi binaan 2nm yang direka untuk menawarkan peningkatan prestasi dan kecekapan yang lebih baik. Cip ini menggunakan konfigurasi 6 teras dengan 2x teras prestasi dan 4x teras kecekapan.

Menurut Apple, cip ini mampu menawarkan peningkatan prestasi sehingga 20% dan merupakan cip terpantas yang ada di pasaran ketika ini. Dari segi grafik, cip ini menggunakan GPU 7 teras yang menawarkan peningkatan grafik sehingga 40%. GPU ini turut menyokong neural accelerator baru yang membolehkan model AI boleh dijalankan secara terus pada peranti.

Selain itu, cip ini turut dilengkapi dengan 32 teras Neural Engine yang menawarkan kuasa 2 kali ganda lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya. Apple menyatakan, cip ini telah direka bentuk semula dengan pembungkusan cip siri M yang membolehkan memori terus disambungkan pada sistem penyejukan bagi membantu pengurusan haba yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN