Close

iOS 27 versi stabil akan tersedia pada 14 September ini

Seiring dengan ketibaan siri iPhone 18 Pro dan juga iPhone Duo. Apple turut berkongsi maklumat mengenai kemas kini iOS 27 versi stabil.

Menurut Apple, kemas kini iOS 27 versi stabil akan tiba kepada pengguna pada 14 September 2026. Sistem operasi iOS 27 telahpun diumumkan secara rasmi oleh Apple pada acara WWDC 26. Sistem operasi ini lebih memfokuskan kepada keupayaan AI yang lebih pintar bersama dengan beberapa peningkatan yang lain.

iOS 27 kini hadir dengan keupayaan Apple Intelligence yang lebih bijak dan lebih peribadi, dibangunkan dengan kerjasama Google Gemini. Pembantu maya Siri menerima peningkatan besar dengan integrasi Apple Intellingence sepenuhnya dan dikatakan sebagai Siri paling pintar dan lebih berpengetahuan yang pernah dibangunkan.

Dari segi prestasi, Apple mendakwa iOS 27 kini 30% lebih pantas dalam membuka aplikasi dan 80% lebih laju untuk pemindahan fail melalui AirDrop. Selain itu, rekaan antara muka kini lebih kemas dan juga responsif serta pengguna kini boleh menyesuaikan kesan Liquid Glass dalam sistem operasi dan antaramuka lebih kemas dan responsif.

Untuk sokongan peranti, terdapat 30 model yang menyokong kemas kini iOS 27 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15, siri iPhone 16, iPhone Air dan juga siri iPhone 17.

ARTIKEL BERKAITAN