Close

Apple mungkin perkenal iPhone Duo dalam varian Max dan SE

Apple mungkin akan mengembangkan penawaran iPhone Duo kepada beberapa model atau varian lain pada masa akan datang.

Menurut laporan, Apple dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan beberapa lagi model fon lipat

dengan saiz dan kelas yang berbeza. Antara model yang mungkin akan diperkenalkan adalah iPhone Duo Max, iPhone Duo mini dan iPhone Duo SE.

iPhone Duo Max mungkin hadir dengan skrin lebih besar manakala iPhone Duo SE mungkin memfokuskan kepada harga lebih mampu milik. Walau bagaimanapun, model ini mungkin tidak akan tiba dalam masa terdekat, merujuk kepada iPhone Duo yang mengambil masa yang agak panjang sebelum ia diperkenalkan.

Selain itu, penggunaan nama “Duo” dikatakan sesuai sekiranya Apple merancang untuk menghasilkan beberapa varian pada masa akan datang. Laporan sama turut mendedahkan, iPhone Duo berpotensi untuk menjadi fon lipat paling dominan di pasaran seawal tahun depan dan dijangka akan menerima permintaan yang sangat tinggi.

Sekiranya jangkaan ini tepat, Apple bukan sahaja memasuki pasaran fon lipat, tetapi berpotensi menjadikan iPhone Duo sebagai model paling popular sekaligus memecahkan dominasi pasaran fon lipat yang kini dipegang oleh pengeluar lain antaranya seperti Samsung.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN