Close

MacBook Pro baharu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi

 Apple dijangka akan mengumumkan produk pertama untuk tahun 2023 melalui Apple Newsroom.

Pengumuman tersebut dijangka akan dibuat seawal pagi esok dan akan melibatkan dua produk baharu. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai dua produk tersebut. Namun, menurut beberapa laporan produk tersebut mungkin adalah MacBook Pro dan Mac Mini generasi baharu.

Sebelum ini, maklumat mengenai kedua-dua produk tersebut telahpun tertiris dan sepatutnya dilancarkan lebih awal. Namun, Apple dikatakan menghadapi beberapa masalah yang menyebabkan pelancarannya di tangguhkan.

MacBook Pro baharu dijangka akan membawa peningkatan prestasi yang lebih baik dan dijana dengan menggunakan cip M2 Pro dan M2 Max. Dari segi rekaan,tiada perubahan ketara yang akan dibawakan dan masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model semasa. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN