Apple mungkin akan memperkenalkan MacBook Pro dan iPad Pro dengan cip Apple M5 pada minggu ini.

Menurut laporan, Apple berkemungkinan akan memperkenalkankan MacBook Pro dan iPad Pro pada minggu ini. Kedua-dua peranti ini akan dikuasakan dengan cip Apple M5. Bukan itu sahaja, beberapa peranti lain yang menggunakan cip sama akan turut diumumkan.

Walau bagaimanapun, Apple mungkin hanya memperkenalkan MacBook Pro 14 inci dengan cip M5 versi asas sahaja. Sementara, untuk model premium dengan cip Apple M5 Pro atau M5 Max akan tiba pada tahun depan. Cip Apple M5 dijangka menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik dan berkuasa berbanding generasi sebelumnya.
Acara pelancaran ini berkemungkinan akan dibuat dalam skala yang kecil, dijalankan sepenuhnya secara dalam talian tanpa acara fizikal besar seperti pelancaran iPhone.