Close

Apple TV+ kini dijenamakan sebagai Apple TV

Apple mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan penstriman mereka dari Apple TV+ kepada “Apple TV”.

Seiring dengan penjenamaan baru, Apple telah menggantikan logo baru yang berwarna-warni dan mengemas kini laman web kepada Apple TV. Apple tidak melakukan pengumuman ini dalam skala yang besar, sebaliknya “diselitkan” dalam satu kenyataan media berkenaan penstriman filem F1: The Movie.

Walau bagaimanapun, penjenamaan ini mungkin sedikit mengelirukan kerana terdapat produk dan aplikasi yang turut menggunakan nama yang sama iaitu Apple TV. Selain itu, Apple tidak mendedahkan secara terperinci disebalik penjenamaan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN