Apple sekali lagi mendominasi pasaran fon global apabila iPhone 17 muncul sebagai telefon pintar paling laris di dunia bagi suku pertama 2026.

Merujuk data daripada Counterpoint Research, iPhone 17 berada dikedudukan pertama dengan menyumbang sekitar 6% daripada jumlah keseluruhan pasaran fon global. Seperti tahun sebelumnya, tiga model teratas masih lagi dikuasai oleh Apple dengan iPhone 17 Pro Max dan iPhone 17 Pro.
Untuk peranti Android, model paling laris bagi suku pertama 2026 adalah Samsung Galaxy A07 4G. Peranti ini mendapat sambutan tinggi di beberapa pasaran membangun seperti Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Selain itu, Xiaomi turut berada dalam senarai melalui model Redmi A5. Secara keseluruhan, laporan ini menunjukkan Apple masih berjaya mengekalkan dominasi global walaupun pasaran fon semakin mencabar. Sementara itu, peranti Android terus menguasai segmen bajet dan pertengahan di beberapa pasaran membangun.