Seperti yang kita tahu, Apple telahpun memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaiatu iOS 27. Tampil dengan keupayaan AI yang lebih baik bersama dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.

Terkini, dua jurutera perisian iaitu M1Astra dan Sam Henri Gold berjaya menemui kod sumber mengenai peranti boleh lipat pertama dari Apple yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone Ultra. Melalui kod sumber tersebut, memperlihatkan beberapa maklumat seperti “foldState”, “angleDegrees”, “mechanicalAngleDegrees” dan “isAngleValid”.
Penemuan kod sumber ini menguatkan lagi spekulasi berkenaan Apple bakal memperkenalkan peranti boleh lipat pertama mereka tidak lama lagi. Antara ciri yang mungkin akan diperkenalkan ialah Flex Mode seperti pada peranti Android boleh lipat, yang membolehkan peranti digunakan dalam posisi separuh terbuka.
Sebelum ini, terdapat laporan lain mendedahkan fon lipat pertama Apple akan dilengkapi dengan sistem penyejukan vapor chamber. Penggunaan vapor chamber membolehkan haba daripada cip dipindahkan atau disebarkan dengan lebih cekap bagi membantu mengekalkan prestasi peranti.