Close

LRT3 akan mula beoperasi pada 29 Jun ini

Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke mengesahkan, Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun ini.

Menurut Loke, acara pelancaran rasmi perkhidmatan itu akan diadakan pada 28 Jun iaitu Sabtu yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acara tersebut akan berlangsung di depot utama LRT3.

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dibina sepanjang 37.8 kilometer menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang. Mempunyai 25 stesen dan akan memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di kawasan tersebut.

Projek LRT3 mula diumumkan pada tahun 2016 dengan rancangan asal 26 stesen sahaja. Namun, beberapa stesen telah ditangguhkan dan digugurkan pada tahun 2018 bagi mengurangkan kos pembinaan.

Walau bagaimanapun, pada 2024 projek ini menerima suntikan dana tambahan sebanyak RM5.3 billion membolehkan stesen yang ditangguhkan diteruskan semula.

ARTIKEL BERKAITAN