Apple mungkin akan melakukan perubahan strategi dalam pembangunan cip Apple Silicon mereka yang seterusnya.
Menurut maklumat, Apple mungkin akan melangkau atau tidak akan memperkenalkan cip M6 Pro dan M6 Max, sebaliknya hanya akan memperkenalkan cip M6 sahaja sebelum beralih kepada siri M7.

Walaupun hanya memperkenalkan satu pilihan cip sahaja iaitu M6, namun ia masih menawarkan peningkatan yang ketara berbanding siri M5. Antara penambahbaikan yang dijangka akan dibawakan seperti prestasi CPU dan GPU yang lebih berkuasa, Neural Engine yang lebih pantas untuk pemprosesan AI dan sokongan memori dengan seni bina baru.
Perubahan strategi ini disebabkan oleh permintaan yang semakin tinggi terhadap peranti yang menawarkan keupayaan AI yang lebih berkuasa. Berikutan itu, Apple dikatakan mahu mempercepatkan pembangunan siri M7 yang dijangka menawarkan peningkatan ketara pada prestasi AI dan juga grafik.
Selain Neural Engine yang lebih berkuasa, siri M7 dijangka hadir dengan GPU yang jauh lebih pantas bagi menyokong pelbagai ciri AI generatif serta tugasan grafik yang lebih berat.
Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal menjadi antara perubahan erbesar dalam strategi pembangunan cip Apple Silicon sejak siri M diperkenalkan.