Close

Sony bakal tutup PlayStation Store untuk PS3 dan PS Vita

Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan, PlayStation Store untuk PlayStation 3 (PS3) dan PlayStation Vita (PS Vita) akan ditutup sepenuhnya di seluruh dunia pada Julai 2027.

Selepas penutupan tersebut, pengguna tidak lagi boleh membeli kandungan baru yang ditawarkan melalui PlayStation Store pada kedua-dua platform. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh memuat turun semula permainan dan kandungan digital yang telah dibeli sebelum ini. Membolehkan pemilik PS3 dan PS Vita terus menikmati koleksi permainan digital mereka walaupun kedai dalam talian tidak lagi beroperasi.

Penutupan PlayStation Store akan dilakukan secara berperingkat bermula 3 Ogos di beberapa negara dan ditutup sepenuhnya di semua negara pada Julai 2027. Sony menyatakan, keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dan mungkin mengecewakan peminat setia PS3 dan PS Vita yang telah menjadi sebahagian dalam sejarah PlayStation selama hampir dua dekad.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut terpaksa diambil kerana PlayStation Store kini sedang berkembang dengan sistem perdagangan digital yang lebih moden, termasuk piawaian pemprosesan pembayaran yang lebih terkini dalam masa yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih interaktif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN