Sony mengumumkan konsol PlayStation 5 (PS5) telah terjual 95.3 juta unit di seluruh dunia setakat 30 Jun 2026. Perkara tersebut dikongsi menerusi laporan kewangan syarikat bagi suku pertama tahun fiskal 2026.
Bagi suku pertama tahun fiskal 2026, Sony mencatakan jualan sekitar 1.6 juta unit PS5, penurunan ketara berbanding 2.5 juta unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu. Penurunan dikatakan berpunca daripada kenaikan harga PS5 akibat tarif import Amerika Syarikat serta faktor usia konsol yang kini telah memasuki tahun keenam sejak dilancarkan.

Walaupun jumlah penghantaran konsol menurun, prestasi kewangan Sony masih menunjukkan peningkatan. Keuntungan operasi syarikat meningkat 37% kepada 54.1 bilion yen (sekitar AS$337 juta) berbanding tempoh sama tahun lalu.
Selain itu, Sony mengesahkan bekalan RAM mencukupi untuk memenuhi sasaran jualan PS5 bagi tahun fiskal 2026 yang berakhir pada Mac 2027. Sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur bahawa isu kekurangan cip memori global tidak akan menjejaskan pengeluaran PS5 dalam tempoh tersebut.