Microsoft dilaporkan sedang merancang untuk membawa permainan Xbox 360 ke platform PC sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan sokongan backward compatibility.

Menurut laporan, sokongan tersebut dijangka akan tiba secara berperingkat bermula 2027. Menariknya, maklumat tersebut tertiris melalui dokumen dalaman yang dilkongsi oleh pembangun permainan. Melalui dokumen tersebut, pembangun mempunyai pilihan untuk menjadikan permainan Xbox 360 serasi dengan sistem backward compatibility baru, membolehkan permainan dijalankan pada konsol Project Helix, PC dan konsol mudah alih.
Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan program Xbox Backward Compatibility on PC, yang membolehkan permainan klasik Xbox dimainkan di PC dan konsol mudah alih. Program itu dijadualkan akan tiba sekitar Oktorber 2026, namun buat masa ini hanya menyokong empat judul permainan sahaja.
Jika laporan ini tepat, ia menunjukkan Microsoft semakin serius dalam mengembangkan ekosistem Xbox merentasi pelbagai platform. Dengan sokongan ini, ia dapat memastikan katalog permainan klasik Xbox terus relevan dan mudah diakses oleh pengguna.