Close

Instagram kini tampil dengan ‘wordmark’ baru

Selepas lebih sedekad menggunakan ‘wordmark’ yang sama, Instagram kini memperkenalkan wordmark baru yang lebih moden.

Workmark merujuk kepada perkataan ‘Instagram’ yang kini mengunakn fon dengan gaya baru. Namun, masih mengekalkan elemen daripada reka bentuk asal. Wordmark baru tersebut diletakkan pada posisi yang sama di bahagian atas aplikasi pada peranti mudah alih.

Ketua Instagram, Adam Mosseri, turut mengumumkan perubahan tersebut di Instagram dan Threads. Menurut beliau, wordmark sebelum ini telah digunakan sekitar 10 tahun, kini sudah tiba masanya untuk membawa sedikit perubahan yang lebih segar.

Pasukan reka bentuk Instagram mendedahkan, ratusan iterasi telah ditapis sebelum memilih reka bentuk akhir yang kini diperkenalkan kepada pengguna. Wordmark baru ini direka bagi mencerminkan kreativiti komuniti Instagram, selari dengan platform yang banyak digunakan untuk berkongsi foto, video, Reels dan pelbagai bentuk kandungan kreatif.

Perubahan ini mungkin kelihatan kecil bagi pengguna biasa, namun bagi platform tersebut ia menandakan perubahan besar terhadap salah satu elemen visual Instagram yang telah digunakan selama lebih 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN