Close

Apple naikkan harga langganan Apple TV dan Apple One

Apple sekali lagi menaikkan harga perkhidmatannya, untuk kali ini ia melibatkan Apple TV dan pelan langganan Apple One di Amerika Syarikat.

Harga langganan bulanan untuk Apple TV kini meningkat daripada $12.99 (RM52.43) kepada $14.99 (RM60.50) sebulan, manakala pelan tahunan pula naik daripada $99.99 (RM403.55) kepada $119.99 (RM484.27).

Pada masa sama, pelan individu untuk Apple One juga turut menerima kenaikan harga daripada $19.95 (RM80.25) kepada $21.95 (RM88.59) untuk sebulan. Apple One merupakan pakej yang menggabungkan beberapa perkhidmatan Apple seperti Apple Music, Apple TV, Apple Arcade, Apple Fitness+, Apple News+ dan iCloud+.

Ini bukan kali pertama Apple menaikkan harga perkhidmatannya dalam tempoh terdekat. Sebelum ini, beberapa pelan Apple One turut menerima kenaikan harga.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah kenaikan harga langganan ini akan turut terkesan kepada pengguna di Malaysia atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN