Close

Harga jualan iPhone 18 Pro dan iPhone Ultra tertiris

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max serta iPhone Ultra dalam acara khas pada 9 September ini. Menjelang pelancaran tersebut, harga bagi ketiga-tiga model dikatakan telah tertiris menerusi laman web Vodafone Egypt.

Merujuk kepada penyenaraian di laman web Vodafone Egypt, fon lipat pertama Apple akan ditawarkan pada harga sekitar EGP155,750 (RM12,369). Manakala untuk iPhone 18 Pro ia dijual pada harga sekitar EGP98,000 (RM7783) dan untuk 18 Pro Max pula sekitar EGP105,000 (RM8339). Ketika laporan ini ditulis, laman web Vodafone Egypt tidak lagi boleh diakses.

Sebagai perbandingan, iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max masing-masing dijual pada harga sekitar EGP88,800 (RM7025) dan EGP94,400 (RM7497) di Vodafone Egypt. Berdasarkan dari perbandingan ini, harga jualan bagi iPhone 18 Pro dan 18 Pro meningkat sekitar 10 hingga 11%.

Jika anggaran kenaikan sekitar 10%, harga jualan untuk iPhone 18 Pro berpontesi bermula sekitar $1210 (RM4893) dan $1320 (RM5338) untuk iPhone 18 Pro Max untuk pasaran Eropah. Walau bagaimanapun, harga jualan ini bukanlahh harga rasmi sebaliknya adalah anggaran awal dan mungkin berbeza mengikut negar disebabkan cukai dan faktor pasaran tempatan.

Seperti biasa, harga lebih tepat atau harga jualan rasmi untuk peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya iaitu pada 9 September 2026.

ARTIKEL BERKAITAN