Close

Apple Vision Pro dilaporkan menghadapi masalah pengeluaran


Seperti yang kita tahu, Apple telahpun mengumumkan set kepala realiti pertama mereka yang dikenali sebagai Apple Vision Pro. Dijual pada harga sekitar RM16K dan dijangka akan mula dijual bermula tahun hadapan.


Dalam laporan terbaru, Apple dikatakan sedang menghadapi masalah pengeluaran untuk Apple Vision Pro. Yang mana, Apple sebelum ini menyasarkan untuk menjual 1 juta unit Vision Pro pada bulan pertama penjualannya.


Dengan masalah pengeluaran yang dihadapi, Apple terpaksa untuk menurunkan sasaran mereka kepada 400,000 unit sahaja. Antara sebab utama masalah pengeluaran berlaku adalah disebabkan oleh penghasilan paparan mikro-OLED dari Sony dan TSMC yang tidak mencapai kuantiti yang dimahukan oleh Apple.


Sebelum ini, terdapat juga laporan mendedahkan yang Apple mungkin akan hadir dengan set kepala realiti yang lebih mampu milik menjelang tahun 2025. Set kepala realiti yang lebih mampu milik ini mungkin akan menggunakan nama Apple Vision atau Apple Vision One.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN