McLaren Racing mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama Sonic the Hedgehog iaitu ikon permainan video terkenal dari SEGA. Dengan kerjasama ini, SEGA kini rasmi menjadi rakan kongsi permainan McLaren Racing.

Melalui kerjasama ini, ia akan mengabungkan dua nama lagenda dalam dunia kelajuan dengan McLaren dari litar lumba dan Sonic pula dari dunia permainan. Selain itu, McLaren turut mengumumkan kempen “Racing Around the World” untuk 2025 hingga 2026, menawarkan pengalaman interaktif dengan gabungan dunia perlumbaan dan permainan video.

Ini bukanlah kali pertama McLaren dan Sonic bekerjasama. Pada Grand Prix Eropah 1993, Ayrton Senna yang merupakan pemandu McLaren ketika itu telah menerima trofi Sonic the Hedgehog, dikenali juga sebagai Sonic Grand Prix. Selepas lebih dari 30 tahun, mereka kini kembali bekerjasama untuk projek atau sambutan yang lebih besar.
Dengan kerjasama ini, ia pasti membawa berita gembira buat peminat di seluruh dunia lebih-lebih lagi peminat McLaren dan SEGA.