Sony mengumumkan harga jualan baru untuk konsol PlayStation 5 di Malaysia. Pengumuman ini seiring dengan kenaikan harga konsol PlayStation di beberapa pasaran utama dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Jepun.

Merujuk kepada kenyataan rasmi di PlayStation Blog, kenaikan harga ini akan berkuat kuasa pada 1 Mei 2026. Keputusan tersebut dibuat disebabkan oleh tekanan berterusan dalam landskap ekonomi global.
Senarai harga jualan baru konsol PlayStation 5 dim Malaysia :
- PS5 Standard – RM2799 (RM2499)
- PS5 Digital Edition – RM2499 (RM2069)
- PS5 Pro – RM3999 (RM3849)
- PS Portal – RM1099 (RM999)
Sony mengakui perubahan harga ini memberi kesan kepada komuniti, namun keputusan tersebut dibuat selepas penilaian teliti bagi memastikan mereka dapat terus menawarkan pengalaman permainan yang inovatif dan berkualiti tinggi.