Penyedia perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan untuk melaksanakan pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad atau passport untuk mendaftar akaun pada platform mereka.
Mekanisme pengesahan ini dibuat untuk memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas sahaja dibenarkan mendaftar atau memiliki akaun media sosial. Kementerian Komunikasi dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini memaklumkan langkah itu dilaksanakan di bawah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Bagi memastikan pematuhan, MCMC sedang memantau pelaksanaan CPC oleh Pemberi Perkhidmatan Berlesen. Di bawah Akta 866, Pemberi Perkhidmatan Berlesen yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta serta denda tambahan RM100,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan.
Selain itu, MCMC juga boleh mengeluarkan Notis Ketidakpatuhan dan mengenakan penalti kewangan hingga RM10 juta mengikut peruntukan akta berkenaan.
Mekanisme yang sama turut dilakukan oleh Australia untuk permainan GTA 6, perlu melakukan proses pengesahan menggunakan dokumen pengenalan diri rasmi, lesen memandu atau dokumen membuktikan umur pengguna sebelum permainan tersebut boleh dimainkan.