Close

Cara elak dimasukkan dalam ‘WhatsApp Group’ yang tak diketahui

WhatsApp Group membolehkan pengguna berkongsi pelbagai maklumat dengan lebih mudah. Namun, terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab menambah ahli ke dalam kumpulan yang tidak diketahui.

Secara asasnya, WhatsApp membenarkan sesiapa sahaja menambah anda ke dalam kumpulan melalui nombor telefon. Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk menghalang perkara tersebut dengan mengubah tetapan privasi untuk kumpulan.

Cara ubah tetapan privasi untuk kumpulan :

  • 1- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke ‘Settings’
  • 2- Pilih ‘Privacy’ kemudian pilih ‘Group’
  • 3- Pada bahagian Group pilih ‘My Contacts’

Pengguna juga boleh mengubah tetapan privasi kumpulan kepada lebih spesifik dengan memilih ‘My contacts except…’.

Selain itu, tetapan privasi kumpulan ini hanya tersedia melalui aplikasi sahaja. Bermaksud, ia tidak tersedia pada WhatsApp Web atau Desktop. Namun, apabila perubahan tetapan dibuat ia akan diselaraskan pada WhatsApp Web dan Desktop.

ARTIKEL BERKAITAN