Close

4 teknologi yang mati tahun 2025

Tahun 2025 memperlihatkan pelbagai teknologi baru diperkenalkan yang membawa kepada perubahan yang lebih baik. Namun tahukah anda, terdapat teknologi yang mati atau ditamatkan pada tahun yang sama. Jadi, ini empat teknologi yang telah mati atau ditamatkan untuk pada 2025.

Skype

Perkhidmatan panggilan video yang pernah popular suata masa dulu iaitu Skype telah menamatkan perkhidmatan mereka sepenuhnya pada 5 Mei 2025.

Skype pernah mempunyai lebih dari 200 juta pengguna bulanan namun angka tersebut berubah selepas tahun 2020. Sebelum penamatannya, Skype dikatakan mempunyai 40 juta pengguna bulanan. Kegagalan bersaing dengan perkhidmatan panggilan video seperti Google Meet, FaceTime, Zoom dan lain-lain memaksa Skype ditamatkan.

Selain itu, kurangnya inovasi dan pengalaman penggunaan yang tidak memuaskan menjadikan perkhidmatan ini tidak lagi relevan. Skype diasaskan pada 2003 diperkenalkan sebagai aplikasi Voice over IP (VoIP) yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara percuma melalui internet. Skype boleh dianggap sebagai pelopor kepada teknologi VoIP dan video call moden.

Windows 10

Sistem operasi dari Microsoft iaitu Windows 10 turut ditamatkan pada 2025 atau lebih tepat pada 14 Oktober 2025. Terdapat beberapa sebab sistem operasi ini ditamatkan antaranya keselamatan, kos sokongan dan perubahan hala tuju strategik Microsoft.

Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan Windows 10 seperti biasa selepas tarikh tersebut, namun Microsoft tidak lagi akan memberikan bantuan teknikal, kemas kini ciri dan juga kemas kini keselamatan. Microsoft mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf kepada Windows 11 yang menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih moden, cekap dan selamat.

Windows 10 tiba secara global pada 29 Julai 2025 dan dianggap sebagai sistem operasi paling stabil selepas Windows 7. Tahun 2016 hingga 2019 merupakan era dominasi Windows 10 kerana berjaya menjadi sistem operasi utama dunia yang digunakan pada ratusan juta peranti.

Streamyx

Telekom Malaysia (TM) juga telah menamatkan perkhidmatan rangkaian berasaskan tembaga atau copper sepenuhnya bermula 28 Februari 2025.

Dua perkhidmatan iaitu Streamyx dan Unifi Lite ditamatkan kerana masih menggunakan rangkaian berasaskan tembaga. Perlaksanaan tersebut merupakan langkah naik taraf kepada rangkaian yang lebih stabil dan pantas melalui sambungan internet fiber.

Buat yang tidak mengetahui, Streamyx mula ditawarkan pada 2001 merupakan perkhidmatan rangkaian terawal. Kehadiran Streamyx ketika itu menandakan peralihan besar era internet Malaysia namun kegemilangan tersebut hanya bertahan sehingga 2012. Sekitar 2013, TM mula memperkenalkan Unifi dan Streamyx mula dianggap tidak lagi relevan.

LG

LG mengumumkan penamatan sokongan kemas kini untuk peranti mudah alih mereka bermula 30 Jun 2025. Berikutan dari itu, semua model atau peranti mudah alih dari LG kini boleh dianggap sebagai End-Of-Life (EOL) selepas tarikh tersebut.

Melalui pengumuman yang dibuat, LG bakal menamatkan sokongan kemas kini perisian secara OTA, aplikasi Update Center dan LG Bridge perisian yang digunakan bersama dengan PC. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi akan menerima peningkatan kemas kini. Semua data peribadi yang telah dikumpul akan dilupuskan selepas semua perkhidmatan ditamatkan.

LG telahpun keluar dari perniagaan peranti mudah alih pada 2021. Keputusan tersebut dibuat selepas syarikat berkenaan gagal bersaing dengan pengeluar lain. Ketika ini, LG lebih menfokuskan kepada pembuatan peralatan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN