Nintendo mengumumkan kenaikan harga untuk siri konsol dan juga langganan mereka di beberapa pasaran utama dunia.

Untuk pasaran Jepun, harga baru untuk Switch akan mula dikenakan bermula pada 25 Mei 2026 dengan kenaikan sekitar 20% dari ¥49,980 (RM1249) kepada ¥59,980 (RM1499) untuk versi bahasa Jepun. Selain itu, siri konsol Nintendo lain seperti Nintendo Switch, Nintendo Switch Lite dan Nintendo Switch OLED turut menerima kenaikan harga jualan.

Berbeza dengan pasaran di Amerika Syarikat, kenaikan harga jualan akan dikenakan bermula pada 1 September 2026. Harga jualan meningkat sekitar 11% dari AS$449.99 (RM1908) kepada AS$499.99 (RM2120).

Selain konsol, Nintendo turut menaikan harga langganan Nintendo Switch Online di Jepun dan Korea Selatan. Tiada sebarang maklumat mengenai kenaikan harga untuk pasaran Asia Tenggara, namun kita mungkin boleh menjangkakan perkara tersebut akan turut dirasai tidak lama lagi.
Nintendo tidak menyatakan secara terperinci faktor sebenar di sebalik kenaikan tersebut, namun keputusan tersebut dibuat berikutan perubahan pasaran ekonomi global.