Close

nubia Red Magic 9S Pro akan diperkenalkan pada 3 Julai ini

nubia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan baru mereka iaitu Red Magic 9S Pro pada 3 Julai ini di China.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi yang dikongsi oleh nubia buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti ini akan hadir dengan beberapa peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dan perisian yang lebih optimum. Selain itu, peranti ini bakal menjadi siri Red Magic terawal yang akan diintergrasikan dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI).

Dari segi rekaan, mungkin tiada perubahan ketara bermaksud ia kekal menggunakan rekaan yang sama seperti siri Red Magic 9. Selain itu, nubia dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model iaitu Red Magic 9S Pro dan Red Magic 9S Pro.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN