Close

Ibu pejabat Tesla akan dibuka di Cyberjaya pada tahun ini

Pertemuan secara maya di antara PMX Anwar Ibrahim dengan Elon Musk bagi membincangkan mengenai pelaburan Tesla telahpun berlangsung semalam. Perbincangan ini tidak hanya tertumpu kepada EV sahaja, tetapi turut berkaitan mengenai cara untuk meningkatkan pelaburan Tesla di Malaysia.

Perdana Menteri sememangnya mengalukan-alukan keputusan pelaburan Tesla di Malaysia. Melalui perbincangan tersebut, pelbagai perkara telah disentuh termasuklah mengenai penawaran perkhidmatan satelit melalui Starlink di bawah syarikat SpaceX.

Seiring dengan ketibaan Tesla di Malaysia, Elon Musk menyatakan yang mereka akan membuka ibu pejabat, pusat servis dan juga pusat pengalaman Tesla di Selangor pada tahun ini. Perdana Menteri turut menyatakan, ketibaan Tesla akan memacu negara ke arah karbon sifar bersih menjelang 2050.

Perbincangan mengenai penawaran perkhidmatan satelit melalui Starlink turut dilakukan, akan menawarkan capaian internet yang lebih pantas dan lebih luas yang memberikan kelebihan di kawasan pendalaman. 

ARTIKEL BERKAITAN